Sewaktu minggu F1 baru-baru ini, Mercedes-Benz Malaysia (MBM) mengambil peluang untuk melancarkan model CLS dikemaskini, model yang memulakan segmen coupe empat-pintu dengan begitu bergaya hanya sepuluh tahun dahulu.
Di Malaysia hanya satu varian yang dijual – CLS 400, yang dilengkapi enjin 3.0-liter V6 dengan bi-turbo yang membantu untuk menjana 333hp serta tork sebanyak 480Nm. Kotak gear pula adalah jenis automatik 7G-Tronic Plus yang membantunya mencapai 100km/j dari rehat dalam masa 5.3 saat. Kelajuan maksimum adalah 250km/j. Mercedes mendakwa bahawa penggunaan petrol adalah di antara 7.2 - 7.1-liter setiap 100km.
Yang paling menonjol bagi kemaskini Mercedes CLS ini adalah penggunaan lampu jenis Multibeam HED untuk pencahayaan terbaik bagi pemandu. Bukan sahaja sistem ini menggunakan teknologi penghasilan cahaya paling moden untuk industri automotif, tetapi juga mampu untuk mengubah hala dan sebaran cahaya secara automatik mengikut keadaan trafik atau jalan.

- Dapatkan review penuh disini