Semasa lagu Cinta Muka Buku popular dulu, Najwa sedang bersekolah. Bila keputusan SPM dikeluarkan dia tidak terus menyambung pengajian dan ...

11:23 AM by Unknown
Semasa lagu Cinta Muka Buku popular dulu, Najwa sedang bersekolah. Bila keputusan SPM dikeluarkan dia tidak terus menyambung pengajian dan beri tumpuan kepada nyanyian.

Timbul juga sedikit masalah bila keluarganya macam tidak suka tindakannya memberi tumpuan pada nyanyian dan lupakan pelajaran. Kini keadaannya dah berubah.

Najwa sekarang sedang menuntut di sebuah universiti swasta. Dia menyepi sedikit daripada bidang seni untuk memberi tumpuan kepada pelajaran. Tapi dia terus menghasilkan sebuah demi sebuah singla baru.

Apa agaknya yang mahu dilakukan oleh Najwa selepas ini?

“Saya menyanyi sebagai hobi yang menjadi sumber pendapatan secara tak sengaja. Jika ditanya apakah cita-cita sebenar, saya memang mahu menjadi pendidik. Saya ada baki dua tahun lagi untuk menamatkan pengajian peringkat ijazah sarjana muda.

“Jika ada rezeki, saya akan menyambung pengajian hingga peringkat sarjana untuk melayakkan saya menjadi pensyarah. Itulah matlamat hidup saya sejak dulu. Pada lima tahun akan datang saya merancang menjadikan kerjaya sebagai pensyarah sebagai kerja utama dan menyanyi secara sampingan,” katanya kepada Kosmo.

Kini lagunya Satu Hari Nanti sedang mendapat sambutan dan Najwa juga merancang menghasilkan album penuh tahun ini. Kalau segala perancangan berjalan lancar album yang memuatkan sepuluh buah lagu itu akan dipasarkan tahun ini.

- ManggaOnline