AIDA tidak terlalu mengikuti perjalanan hubungan dua selebriti yang dikatakan bercinta ini.
Bagaimanapun bila ada kisah yang mengatakan mereka kini sudah putus dan pelakon cantik Uqasha Senrose mengambil keputusan untuk memadamkan gambar Syafiq Kyle dari Instagram miliknya pasti ada yang tertanya apa sudah jadi dengan mereka.
Kalau ikut situasi biasa orang bercinta, pasti perbuatan ini petanda hubungan sudah berakhir. Namun bila ditanya tiada pula yang mengaku ada cinta yang terbit. Aida cuba menghubungi Syafiq bagi bertanyakan keadaan hubungan mereka.
Jelas Syafiq tidak banyak yang mahu dia cerita sebabnya kalau boleh dia tidak mahu kisah ini mengaburi kariernya. Namun dia faham sebagai artis sukar untuk dia menolak kisah sebegini dari diberi perhatian. Jadi jawapannya, hubungan dengan Uqasha masih baik malah sama seperti dahulu.
Bila ditanya adakah dia terasa bila gambarnya dipadam dari Instagram Uqasha, balas Syafiq tiada rasa yang perlu dia kongsi sebaliknya, dia hanya ketawa bila dimaklumkan hal itu.
“Saya tidak tahu mengapa dia padam, mungkin perlu tanya dia sendiri.
“Saya tidak terasa apa-apa. Malah saya hanya ketawa bila mengetahuinya. Saya dengan dia biasa-biasa sahaja tetapi saya tidak tanya pula kenapa dia memadam gambar saya dari Instagram milik dia. Mungkin dia mahu cantikkan Instagram,” katanya.
Berbanding dengan adiknya, nampaknya Uqasha tidak begitu bertuah seperti Nelydia dalam hubungan. Memandangkan Syafiq sendiri memberitahu mereka hanya rapat, jadi memang benar selama ini tiada hubungan seperti yang diperkatakan. Kepada Uaqasha tidak mengapalah umur juga masih mudah tidak perlu terlalu runsing.
- Lagi info di Utusan Online