TIDAK perlu kita menutup kisah yang pernah dilalui pelakon Johan As’ari. Selama empat tahun berada di dalam bidang seni tidak pernah dia ma...

12:18 PM by Unknown
TIDAK perlu kita menutup kisah yang pernah dilalui pelakon Johan As’ari. Selama empat tahun berada di dalam bidang seni tidak pernah dia mahu menipu bahawa apa yang dilalui ini cukup mendewasakan diri.

Terbaharu ialah apabila pelakon wanita Lana Nodin memberitahu bahawa dia bakal menamatkan zaman bujang, mata kembali tertumpu kepada Johan.

Bukan mahu mengungkit kisah cinta lama, namun Hits percaya ada kata-kata positif daripada Johan atau nama sebenarnya Johan Ariff As’ari, 29, terhadap Lana.

Memulakan dengan perkataan syukur, Johan percaya Lana bakal mengemudi kehidupan yang bahagia dengan bakal suaminya itu.

“Bila kita tahu tiada apa lagi yang mampu kita tawarkan dalam hubungan adalah lebih baik untuk kita bersikap jujur. Itu yang berlaku antara saya dan Lana, sebab kami berdua tidak mahu membuang masa sesiapa.

“Mungkin bukan jodoh saya dengan dia, tetapi kini dia bahagia dengan orang lain, dan saya yakin dengan perancangan Allah,” katanya.

Sempat memuji Lana, Johan berkata, bakal suami Lana bukan calang-calang orang dan Lana berjaya membuka hati dia untuk menerima Islam.

Saya puji Lana sebab bukan semua orang mampu lakukan.

“Kebahagiaan adalah apa yang saya harapkan untuk dia,” katanya ringkas.

Ditanya jodoh dirinya sendiri, kata Johan dia tidak akan menjadi orang lain dalam hal ini. Jika benar dia kini sedang mengenali seseorang maka dia akan berlaku jujur untuk memberitahu hal sebenar.

“Saya masih sendiri kini, tidak ada sesiapa. Saya percaya mungkin fokus saya perlu diberikan sepenuhnya kepada kerjaya dahulu dan mungkin jodoh itu akan dikurniakan dalam waktu.

“Tetapi janji saya tetap sama untuk berlaku jujur, saya tidak akan sorokkan apa-apa daripada peminat saya,” katanya.


- OLEH AIDA RIZMARIZA KAMARUDIN | UTUSAN ONLINE