Tahniah buat pelakon  Fahrin Ahmad 36 yang bakal melangsungkan pernikahan pada Sabtu ini 9 Mei 2015 bersama pasangan isterinya yang masih ...

12:10 PM by Unknown
Tahniah buat pelakon Fahrin Ahmad 36 yang bakal melangsungkan pernikahan pada Sabtu ini 9 Mei 2015 bersama pasangan isterinya yang masih menjadi rahsia untuk peminat-peminatnya. Majlis pernikahan bakal diadakan di Pusat Konvensyen Sime Darby, Bukit Kiara
Menurutnya kepada mStar Online majlis pernikahan ini diadakan pada 9 Mei adalah bersempena hari lahirnya
"Saya akan bernikah pada Sabtu ini iaitu pada hari tarikh lahir saya yang jatuh pada 9 Mei. Tetapi buat masa ini saya tidak mahu mendedahkan siapa bakal isteri saya itu.

"Biarlah anda semua (media) tahu pada majlis pernikahan itu nanti.Tetapi wanita itu bukan di kalangan selebriti," katanya.

Walaupun tidak mendedahkan wanita yang dinikahinya itu, Fahrin berkata dia sudah pun mengenali bakal isterinya itu sejak setahun lalu.

"Kami berkenalan sejak setahun lalu dan saya tahu ramai yang terkejut kerana tidak tahu mengenai perhubungan ini.

"Sebab saya tidak berkongsi mengenai perkara ini terlalu awal kepada umum kerana ia atas permintaan kedua-dua belah pihak keluarga.

"Bagaimanapun mereka (keluarga) menerima saya seadanya. Mungkin mereka tidak faham cara kerja saya sebagai pelakon tetapi mereka sanggup bersama-sama memberi sokongan pada saya," ujarnya.
Pelakon Fahrin Ahmad berkata, percintaannya dengan bakal isteri amat mencabar kerana mereka jarang bertemu selain enggan ia menjadi bualan orang.

"Agak mencabar, tetapi kami bukan bercinta seperti pasangan lain. Sebaliknya kami jarang berjumpa. Saya rasa lebih baik cara itu,” ujarnya.
Beliau juga meminta pihak media agar bersabar sehingga Sabtu ini untuk melihat siapakah isterinya itu.
Tambah Fahrin, bakal isterinya seorang yang memahami dirinya selain berfikiran bijak.

"Mujurlah pasangan saya itu faham dan Alhamdulillah, saya akan menerima seorang isteri yang bijak dan tenang orangnya," ujar Fahrin.

Dalam pada itu Fahrin menegaskan pengumuman pernikahan yang dibuat pada Selasa bukan kerana ingin menutup spekulasi yang timbul mengenai hubungannya dengan aktres Izreen Azminda.

Dia tidak pernah berniat untuk menutup gosip tersebut sebaliknya sudah merancang lebih awal membuat persiapan perkahwinan sejak akhir tahun lalu.

"Selepas saya dan pasangan bersetuju untuk berkahwin, keluarga saya bertemu dengan keluarganya untuk membuat perbincangan lanjut.

"Dan pengumuman pernikahan ini langsung tiada kaitan mahu menutup gosip-gosip cinta yang timbul. Saya dan Izreen hanya kawan rapat, tidak lebih daripada itu," katanya.
Apapun sama-samalah kita medoakan kebahagian Fahrin dan semoga majlis tersebut dipermudahkan olehNya.
- Sumber mStar Online