Aktres yang sudah berhijab sepenuhnya ini sedang mengorak langkah ke bidang baru iaitu perniagaan. Kini, Faezah Elai muncul dengan produk...

2:04 PM by Unknown
Aktres yang sudah berhijab sepenuhnya ini sedang mengorak langkah ke bidang baru iaitu perniagaan.

Kini, Faezah Elai muncul dengan produk penjagaan kulit yang diusahakan oleh syarikatnya sendiri.

“Sekarang ini, saya ada mengeluarkan produk penjagaan kulit yang dikenali sebagai Purest,” ujar Faezah.

Aktres tinggi lampai ini berkata begitu menerusi temu bualnya bersama majalah Harmoni. Faezah menghiasi kulit hadapan Harmoni keluaran 1 hingga 15 Mei yang kini berada di pasaran.

“Proses menghasilkan Purest dilakukan oleh pakar-pakar kulit. Ia dapat membantu mereka yang mengalami masalah kulit,” katanya lagi.

Buat masa ini, Purest hanya dijual menerusi laman sosial media Instagram, officialpurestbyfaezahelai.

Berhenti Berlakon?

Apakah pembabitannya dalam bidang perniagaan, bermakna Faezah mahu meninggalkan bidang lakonan? Apalagi kebelakangan ini, dia tidak lagi ‘rancak’ berlakon seperti sebelum dia berumah tangga dulu.

“Alhamdulillah, saya bahagia dengan kehidupan yang saya lalui pada hari ini.

“Selepas berkahwin dan melahirkan anak, saya sudah memperlahankan karier lakonan saya. Tumpuan saya adalah sepenuhnya kepada membesarkan anak-anak,” jelas Faezah.

Faezah adalah isteri kepada pengarah terkenal, Heykal Hanafiah. Mereka mempunyai seorang cahayamata iaitu Dealova. Di samping itu, Faezah juga menguruskan anak-anak tirinya yang juga tinggal bersama mereka.

Meskipun kini sibuk dengan tanggungjawab terhadap rumah tangga, namun Faezah masih belum mahu meninggalkan bidang lakonan sepenuhnya.

Sebaliknya, dia kini lebih selektif dalam memilih watak, bersesuaian dengan dirinya yang sudah berhijab sepenuhnya.

Bagi yang merindui lakonan Faezah boleh mengikuti drama berjudul Wadi yang akan disiarkan menerusi slot Zehra, TV3 tidak lama lagi.

(Foto: Ihsan majalah Harmoni – Mohd Izwan Zainal)

- ManggaOnline