Pengacara 'Selamat Pagi Malaysia',  Nor Iesyatirradiah Sanny Toh atau Iesya Toh yang bakal melangsungkan majlis perkahwinannya pada...

1:46 PM by Unknown
Pengacara 'Selamat Pagi Malaysia',  Nor Iesyatirradiah Sanny Toh atau Iesya Toh yang bakal melangsungkan majlis perkahwinannya pada 29 Mei ini menghadapi dugaan yang paling besar apabila ditipu sorang perancang perkahwinan sehingga mengalami kerugian hampir RM20,000.

Perancang perkahwinan yang dimaksudkan merupakan seorang individu lelaki yang sering bekerjasama dengan golongan selebriti. Walaupun mengetahui sejarah hitam individu terbabit namun Iesya tanpa sedar mengikut saja telunjuk lelaki berkenaan.  

"Saya mahu ingatkan orang ramai jangan sesekali percaya dengan 'orang itu' terutamanya kepada bakal-bakal pengantin. 'Orang itu' juga merupakan seorang yang bermulut manis. Walaupun saya tahu dia pernah dipenjarakan dan baru saja bebas setahun yang lalu namun saya tak tahu bagaimana saya mudah mempercayai apa yang dijanjikan kepada saya," terang Iesya yang tetap meneruskan majlis perkahwinannya walaupun telah mengalami kerugian.

Ramai Pihak Bersimpati

Ketika dihubungi, Iesya pasrah namun tetap bersyukur kerana masih boleh meneruskan niat dia dan pasanganya seorang ahli perniagaan yang hanya mahu dikenali sebagai Zairee dan berumur 33 tahun untuk mendirikan rumah tangga pada tarikh yang telah ditetapkan.

"Alhamdulillah, ramai pihak yang datang hendak berikan kerjasama dengan saya selepas mengetahui kejadian ini. Saya dan Zairee bersyukur pernikahan dan resepsi kami akan berlangsung pada tarikh yang telah dirancang namun cuma terdapat perubahan dari segi tempat yang bakal kami beritahu kelak. Semua ini bagi mengelakkan kejadian-kejadian yang tidak diingi berlaku," kata Iesya yang sebelum ini telah menetapkan untuk mengadakan majlis resepsi di Padang Angkasapuri pada 30 Mei dan majlis bertandang pula di Lavendar Heights, Seremban pada 07 Jun.

mediahiburan