Pada bulan Mei ini, Ratu Rock Negara, Ella, akan terbang ke Eropah bersempena dengan kelahiran lagu terbarunya Ella Istimewah iaitu gandingan perkataan ‘istimewa dan mewah’. Ella akan ke London untuk membuat persembahan dan selepas itu ke Kota Paris untuk pembikinan klip video lagu tersebut. Penerbangan Ella ini ditaja oleh Malaysian Airlines (MAS).
Menyentuh mengenai single terbarunya ini, Ella bekerjasama dengan komposer muda berbakat, Sam Bunkface yang sinonim dengan lagu-lagu punk rock. Oleh itu, lagu ‘Istimewah’ ini terdapat sedikit irama punk dan pop rock yang sangat sesuai dengan vokal Ella.
“Ella dan Sam memang dah lama kenal dan selalu jamming sama-sama sebab kebetulan kami orang Klang. Jadi dari suka-suka jamming tu, Sam buatkan satu lagu untuk Ella. Ella sangat senang bekerjasama dengan Sam,” ujarnya di majlis pelancarang single terbarunya ini.
Ella juga menyampaikan rasa gembira dan terharu kerana dirinya turut dimuatkan di dalam buku ’30 Living Legends’ iaitu sebuah buku yang memberi pengiktirafan kepada bakat-bakat seni legenda tanah air yang masih hidup.
- MediaHiburan