Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata tidak ada apa sebab yang perlu ditakutkan Datuk Seri Najib Razak untuk tidak had...

10:54 PM by Unknown

Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata tidak ada apa sebab yang perlu ditakutkan Datuk Seri Najib Razak untuk tidak hadir ke dialog “Nothing to Hide” berkaitan 1MDB di PWTC Kuala Lumpur yang dijadualkan pada pukul 10 pagi tadi.

“Saya orang biasa saja, saya bukan bawa senjata pun. Saya bukan boleh buat apa-apa pun.

“Pasal apa orang nak takut pada saya, semua ini takut atau tidak?” soalnya pada sidang media selepas dihalang polis untuk bercakap pada forum tersebut.

Dialog “Nothing to Hide” sepatutnya berlangsung pada pagi ini namun dibatalkan selepas arahan daripada Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar supaya program itu dibatalkan dan Najib tidak hadir atas alasan keselamatan.

Sejurus selepas pengumuman pembatalan acara tersebut, ia mencetuskan keadaan tegang kepada lebih 1,000 hadirin yang kebanyakan terdiri daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Keadaan mula reda selepas bekas perdana menteri itu mula mengambil alih pentas untuk berucap tetapi kemudiannya kembali tegang apabila polis meminta Dr Mahathir turun pentas.

- Dari Blog Pen Merah