Sebuah batu nisan palsu untuk calon Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump muncul secara misteri di Central Park New York pada pagi Ahad,...

10:11 PM by Unknown
Sebuah batu nisan palsu untuk calon Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump muncul secara misteri di Central Park New York pada pagi Ahad, lapor media antarabangsa.
Difahamkan, pengunjung taman tersebut terkejut untuk menemui sebuah batu nisan memorial bagi Trump dengan ukiran “Made America Hate Again” berhampiran halaman Meadow Sheep itu.
Batu nisan itu juga memaparkan tahun kelahiran calon Presiden itu tetapi tidak menyatakan tahun kematian. 
Bagaimanapun, ia masih tidak jelas siapa di sebalik perbuatan ini.
Menurut laporan portal Daily Mail, mereka telah menghantar seorang wartawan ke lokasi, namun tidak dapat mengesan penanda kubur itu.
Seorang pegawai taman itu melapor kepada NBC New York bahawa batu nisan itu telah dialihkan pada petang Ahad kelmarin.
Foto -dailymail.co.uk

- From Wanista.com