Cerita artis dikaitkan dengan video bukan sesuatu yang baru. Malah kalau diselak satu persatu ramai yang dah terkena sebelum ini. Cerita macam ni kadang-kadang buat otak serabut memikirkannya.
Seperti pelakon popular Fazura ni. Memang tak nafikan, Fazura berada dalam liga yang tersendiri dan tak ada orang yang mampu lawan kehebatannya.
Tapi macam biasa, bila dah popular lama sikit, mesti ada yang dengki.
Alih-alih, satu video lucah lucah berdurasi seminit telah dihantar oleh seorang individu tidak dikenali kepada wartawan akhbar popular baru-baru ini dan ia memaparkan aksi wanita yang wajahnya dikatakan mirip Fazura bersama seorang lelaki.
Tanpa membuang masa, Fazura tampil membersihkan nama apabila dia menafikan dirinya sebagai pelaku dalam sebuah video lucah yang disebarkan pihak tertentu menerusi e-mail sejak minggu lalu.
Laporan akhbar menyebut, Fazura telah membuat laporan polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM).
"Saya tidak pernah terbabit dengan mana-mana video lucah. Saya telah dapatkan nasihat undang undang dan tidak teragak agak untuk mengambil tindakan terhadap penyebar video berkenaan," ujarnya yang kini bertindak sebagai juri tetap di Maharaja Lawak Mega 2014 (MLM 2014).

