KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim yakin akan dibebaskan daripada kesalahan meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan dan h...

3:40 AM by Unknown
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim yakin akan dibebaskan daripada kesalahan meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan dan hukuman lima tahun penjara yang dijatuhkan Mahkamah Rayuan apabila Mahkamah Persekutuan mengumumkan keputusan rayuannya pada 10 Februari depan.

Anwar berkata, keyakinan beliau itu berdasarkan penghujahan pasukan guaman, perincian fakta dan undang-undang kukuh yang telah dibentangkan di hadapan panel Mahkamah Persekutuan.

"Fitnah tidak wajar dijadikan alat dalam tinju politik dan diberi ruang untuk memporak-perandakan negara. Saya panjatkan doa pada Allah Yang Maha Esa agar keadilan dapat ditegakkan dan saya dibebaskan," katanya dalam satu kenyataan sebentar tadi.

Ia sebagai reaksi kepada kenyataan Mahkamah Persekutuan tengah hari tadi bahawa pengumuman kes rayuan Anwar ditetapkan pada 10 Februari ini.

Anwar merayu keputusan Mahkamah Rayuan yang mensabitkan beliau dengan kesalahan meliwat Mohd Saiful dan menjatuhkan hukuman lima tahun penjara ke atasnya.

| BH |