Sambutan sambutan ulang tahun pertama Honor, jenama telefon pintar yang dikeluarkan oleh Huawei Technologies Co. Ltd., salah satu gergasi t...

4:00 PM by Unknown

Sambutan sambutan ulang tahun pertama Honor, jenama telefon pintar yang dikeluarkan oleh Huawei Technologies Co. Ltd., salah satu gergasi teknologi China.


Sememangnya, Huawei patut merayakan ulang tahun berkenaan dengan meriah berikutan kejayaan cemerlang Honor dalam tempoh setahun selepas dilancarkan. Sepanjang tempoh itu, ia bukan sahaja berjaya mengeluarkan 20 juta unit telefon pintar, malah mencatatkan jualan bernilai AS$3 bilion (RM10.5 bilion).

Honor juga berjaya menembusi 57 pasaran global dalam tempoh enam bulan pertama selepas dilancarkan, termasuk Malaysia.

Menurut Presiden Huawei Honor, Jeff Liu, Huawei Technologies telah mencapai peningkatan jualan yang tinggi melalui telefon pintar jenama Honor miliknya iaitu daripada 1 juta kepada 20 juta dalam tempoh setahun.

Menurut laporan Reuters, Huawei Technologies berjaya mencapai kejayaan itu selepas mencontohi strategi online yang dilakukan oleh Xiaomi Inc.

Ternyata syarikat itu Berjaya meniru pertumbuhan Xiaomi yang sempat menjadi fenomena selepas berjaya menduduki ranking lima teratas global dalam tempoh hanya beberapa tahun.

"Peralihan industri kepada strategi penjualan secara online tidak dapat dielakkan kerana harga yang bersaing. Harga yang lebih berpatutan boleh dimiliki dengan mengurangkan kos pengedaran yang membabitkan 30 peratus daripada kos telefon terbabit.

"E-dagang telah mengubah saluran tradisional untuk industri telefon pintar dengan begitu ketara dan kita perlu menuju ke arah itu," katanya pada sidang akhbar sempena sambutan ulang tahun pertama Honor dan pelancaran telefon pintar Honor 6 Plus, baru-baru ini.

Jeff Lui berkata, bagi tahun 2015 Honor berharap dapat memenuhi permintaan pengguna yang pelbagai, termasuk melalui kerjasama pintar dengan syarikat yang berminat, selain mewujudkan kelompok pengguna telefon pintar berkenaan.

"Kita berharap dapat mencapai sasaran pengeluaran 40 juta unit telefon pintar pada 2015 dan perolehan AS$5 bilion (RM17.5 bilion), manakala pada tahun berikutnya kita menyasarkan perolehan AS$10 bilion (RM35 bilion)," katanya.

Ditanya apakah tiga perkara yang boleh dikaitkan dengan Honor, beliau berkata: "Plus, kreatif dan nilai."

Jenama Honor mula diperkenalkan pada 16 Di­sember 2013 dan sepanjang 2014, secara purata produk berkenaan berjaya dijual 38 unit setiap minit. Ketika itulah perolehan syarikat berkenaan meningkat mendadak daripada AS$100 juta (RM350 juta) kepada AS$3 bilion (RM10.5 bilion).

Peningkatan itu adalah 100 kali ganda berbanding kadar perkembangan industri berkenaan di China, malah jualan Honor di luar negara juga meningkat kepada 1.5 juta unit sepanjang tahun lalu atau 10 peratus daripada jumlah keseluruhan jualannya.

"Honor merancang melabur AS$100 juta (RM350 juta) untuk perkembangannya di peringkat global, termasuk mewujudkan cawangan di 14 negara termasuk Britain, Jerman. Itali, Perancis, Sepanyol, Hong Kong dan Macao, Singapura, Malaysia, Thailand, India, Indonesia, Russia dan Mexico.

"Langkah ini diharap dapat mengukuhkan lagi rangkaian pengedaran kami di seluruh dunia," kata Jeff Liu.

Sumber |