Tahun baharu 2015 yang baru membuka tirai bakal menyaksikan beberapa perubahan fesyen yang mungkin agak berbeza daripada tahun-tahun yang l...

1:08 AM by Unknown
Tahun baharu 2015 yang baru membuka tirai bakal menyaksikan beberapa perubahan fesyen yang mungkin agak berbeza daripada tahun-tahun yang lepas. Walaupun seringkali kita diperkenalkan dengan trend fesyen atau solekan yang popular di ‘runaway’, majalah, dan sebagainya, namun itu tidak bermakna kita harus mengikut bulat-bulat apa yang ditonjolkan. Mungkin fesyen atau solekan itu tampil cantik pada model yang menggayakannya, tetapi tidak semesetinya kita juga akan tampil sedemikian, kerana kita harus menggayakannya sebagai gaya harian dan bukannya untuk pertunjukan fesyen yang disinari cahaya bergemerlapan.

Anda boleh kelihatan glamor tanpa gaya atau solekan yang keterlaluan. Berikut merupakan idea solekan glamor yang boleh anda cuba tahun ini.
1) Warna ‘plum’ untuk mata, bibir dan pipirich plum
Solekan ini mungkin bakal memberikan anda sedikit penampilan ala ‘gothic’, namun jika anda bijak menggayakannya, solekan ini akan membuatkan anda kelihatan glamor. Apa yang menarik mengenai tona warna ini adalah ia sesuai dengan semua warna kulit. Gunakan tona warna ‘plum’ yang berbeza pada mata, bibir dan pipi mengikut kesesuaian.
2) Bibir merahBeautiful Brunette applies lipstick. Red lips. Make up
Solekan menggunakan warna merah sememangnya terkenal dengan imej ‘classy glamour’ yang sesuai digayakan dengan apa sahaja pakaian yang anda pakai. Warna merah bukan sahaja memberikan imej glamor, namun anda juga boleh menonjolkan sisi berani yang ada pada diri anda kepada umum. Sekiranya gincu merah telah digunakan, solekan pada mata dan muka boleh dikurangkan sedikit agar tampak ‘natural’, sekaligus dapat menonjolkan bibir anda.
3) Rupa ‘nude’nude
Kebanyakan wanita menganggap solekan ‘nude’ tidak mampu menonjolkan sisi glamor mereka, namun banyak survey mengatakan kaum lelaki lebih sukakan wanita yang tidak bersolek keterlaluan, ataupun boleh dikatakan mereka lebih suka wanita yang cantik secara semulajadi. Jadi, solekan gaya ini mampu membuatkan anda seolah-olah cantik semulajadi. Selebriti seperti Jennifer Lopez, Drew Barrymore dan Kim Kardashian sukakan solekan seperti ini, dah hasilnya, mereka kelihatan cukup cantik dan glamor di majlis-majlis besar.
4) Sedikit solekan berkilaushimmer
Tip solekan berkilau adalah menggayakannya dengan tidak keterlaluan dan jangan lakukan pada seluruh bahagian muka. Anda boleh memilih sama ada solekan itu pada mata, bibir ataupun muka, tetapi jangan semua bahagian dikenakan solekan berkilau. Kebiasaannya, warna emas atau silver berkilau menjadi pilihan ramai untuk digayakan ke apa jua majlis ataupun ke tempat kerja.
5) ‘Smokey eyes’smokey
Solekan ‘smokey eyes’ telah menjadi trend sejak dahulu lagi dan diperkatakan akan terus menjadi trend solekan pilihan buat tahun-tahun akan datang. Namun perlu diingatkan bahawa, solekan ini harus dilakukan dengan betul agar penampilan wajah anda tidak tampak pelik.
| By:  | Wanista.com