Adalah lumrah sebagai seorang Ibu ataupun bapa pasti semua mahukan zuriat yang pintar kerana inilah ‘tiket’ kepada masa depan lebih cer...

12:57 PM by Unknown

Adalah lumrah sebagai seorang Ibu ataupun bapa pasti semua mahukan zuriat yang pintar kerana inilah ‘tiket’ kepada masa depan lebih cerah. Penat lelah membesarkan mereka seakan berbaloi apabila si anak membawa pulang kejayaan.

Namun, apakah mereka ini pintar, berbakat, genius atau pun prodigy? Disini saya ingin kongsikan sedikit tips dan rahsia untuk menginginkan zuriat yan cerdik bistari. walhal ianya sudah tertulis manusia diciptakan di bumi adalah sebagai khalifah

“Semua anak dilahirkan pintar tetapi yang memberi impak ialah cara kita merangsang mereka. Ibu bapa mesti mempunyai misi jelas iaitu menanam tekad membentuk masa depan anak”

Jom amalkan petua-petua dibawah InsyaAllah berhasil:

1. Banyakkan baca Surah Yusuf dan Surah Maryam.
Ibu Bapa  kena amalkan masa mula2 pregnant.. Lagi bagus amalkan sampai nak bersalin.. Surah Yusuf untuk dapat anak lelaki yang cantik rupa dan akhlak.. Tidak lupa juga baca Surah Maryam untuk memudahkan bersalin..

2. Makan kurma dan kismis.
Digalakkan Ibu  masa baru pregnant sampai bersalin, elakkan dari makan makanan ringan seperti jajan, makanan yang tidak mengandungi protin yang sihat

3. Minum sarang burung.
Bagus diamalkan masa mula pregnant sebab ia akan menjadikan kulit bayi cerah, halus serta badan bayi jadi lebih kuat berbanding bayi yang lain dan ibu jugak pulih cepat selepas bersalin.Cuba kita perhatikan anak orang2 cina, kulit dieorang cantikkan sebab mereka amalkan pemakanan sarang burung ni sejak mula pregnant lagik..

4. Minum air kelapa.
Air kelapa tidak perlu diminum atau dibiasakan pada masa mula2 pregnant, boleh diamalkan semasa kandungan dah masuk 7 or 8 bulan..Orang tua kata bagus bagi kulit baby cantik halus dan di permudahkan untuk bersalin..

5. Amalkan makan buah
Khasiat sebenar adalah dalam buah-buahan, oleh itu ibu di galakkan lebihkan memakan buah-buahan tidak kiralah seberapa banyak yang anda mampu untuk sehari, kerana buah-buahan adalah sumber yang terbaik.

6. Pengambilan Minyak Ikan
Tidak kiralah apa jenama sekalipun kerana kandungan Omega 3 – DHA dan EPAnya dapat membantu  dalam membentuk otak bayi. Diet yang seimbang adalah lebih utama, jaga pemakanan dan aktiviti seharian, jangan terlalu lasak dalam melakukan apa jua aktiviti seharian, kerana kesihatan Ibu juga dapat mempengaruhi tumbesaran janin dalam kandungan.

Harap apa yang dikonsikan  sedikit sebanyak dapat membantu ibu-ibu yang pertama kali mengandungkan anak..dan selamat mencuba.

| heromaro.com |