Gambar Hiasan GEORGETOWN: Seorang pegawai polis wanita yang dituduh melepaskan tahanan dibawah jagaannya ketika dibawa ke mahkamah dua ...

10:04 AM by Unknown
Gambar Hiasan
GEORGETOWN: Seorang pegawai polis wanita yang dituduh melepaskan tahanan dibawah jagaannya ketika dibawa ke mahkamah dua tahun lalu diperintahkan membela diri oleh Mahkamah Majistret, di sini, hari ini.

Majisret Diannee Ningrad Nor Azahar membuat keputusan itu selepas mendapti pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh Asisten Superintendan L Chandkumary, 58, di akhir kes pendakwaan.

Mahkamah kemudian menetapkan 2 dan 6 April ini sebagai tarikh untuk membela diri.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa sengaja melepaskan K Prabaharan, 45, yang ketika itu dalam jagaan dan kawalannya di Kompleks Mahkamah Pulau Pinang, jam 1.50 petang pada 9 Oktober 2013.

Bagi kesalahan itu, Chand Kumari didakwa mengikut Seksyen 225A (1) (a) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara tiga tahun, denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Siti Fatimah Talib dan tertuduh diwakili Danny C Nevarednam.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 18 Februari 2015 @ 10:30 PM - HarianMerto