Tahniah dan Alhamdulillah, penantian Nabil dan isterinya Zira untuk menimang cahaya mata kedua akhirnya terkabul. Nabil Ahmad dan juga iseri...

1:39 PM by Unknown
Tahniah dan Alhamdulillah, penantian Nabil dan isterinya Zira untuk menimang cahaya mata kedua akhirnya terkabul. Nabil Ahmad dan juga iseri, Zira telah selamat menyambut kelahiran cahaya mata kedua mereka, Layla Damita, seberat 3.2 kilogram pada pukul 1.03 petang semalam.

Sekeping gambar yang dikongsikan dilaman Facebook Era FM, kelihatan puteri keduanya ini kelihatan sihat dan sungguh comel.

“Untuk yang kali ini saya akan buat sama seperti anak sulung saya. Saya tak akan sorok apa-apa. Ada sesetengah keluarga tidak benarkan ambil gambar anak semua. Bagi saya itu semua terpulang pada hak masing-masing”

“Kalau saya okay sahaja untuk berkongsi pasal anak kita. Orang kenal kita, takkan orang tak kenal anak kita. Saya tak kisah sangat,” ujarnya pada kenyataan lalu. Nampaknya, Anak pertama Nabil, Naira Mikayla, akan ada geng untuk bergosip bersama-sama selepas ini. (rtky/syfq)