SEMPORNA: Kira-kira 500 rumah atas air di Kampung Bangau-Bangau, dekat sini, musnah dalam kebakaran awal pagi tadi. Dalam kejadian ber...

10:31 AM by Unknown
SEMPORNA: Kira-kira 500 rumah atas air di Kampung Bangau-Bangau, dekat sini, musnah dalam kebakaran awal pagi tadi.

Dalam kejadian bermula jam 2 pagi itu, tiada mangsa dilaporkan setakat ini.

Pegawai Perhubungan Bomba dan Penyelamat Sabah, Affendy K Ramin, berkata setakat jam 7 pagi ini api sudah dapat dikawal, namun operasi masih diteruskan.

"Kita menerima panggilan pada jam 2.02 pagi dan jentera tiba kira-kira lima minit kemudian.

"Operasi memadam turut mendapat bantuan daripada bomba Tawau yang tiba di tempat kejadian pada jam 5 pagi tadi, selain bomba Kunak," katanya.

Kawasan terbabit membabitkan keluasan kira-kira empat hektar.

- BHOnline 25 Mac 2015