Populariti pelakon Zul Ariffin semakin memuncak dan semakin ramai peminat menyukainya. Terkini dia terpilih dalam kategori Pelakon Lelaki ...

11:02 PM by Unknown
Populariti pelakon Zul Ariffin semakin memuncak dan semakin ramai peminat menyukainya. Terkini dia terpilih dalam kategori Pelakon Lelaki Pilihan Anugerah Drama Festival KL 2015.

Pastilah kemenangan itu kerana watak juruterbang dalam drama Rindu Awak 200% yang menjadi fenomena dan menaikkan nama dia dan heroinnya Ayda Jebat. Ada yang kata Zul kini dah sombong selepas popular. Betul ke?

Kepada tabloid Insta keluaran terbaru di pasaran, Zul nafi dia seorang yang sombong. Malah mengakui sifatnya bukanlah seorang yang terlebih peramah sehingga ada yang salah anggap.


“Saya ni bukanlah lelaki yang peramah sangat… ada masanya moody juga. Ada masanya ketika di lokasi ada peminat yang datang, saya tak kisah dan berterima kasih kepada peminat yang menghargai apa yang kita buat.

“Tak dinafikan bila mood tak berapa baik, saya elak berjumpa orang ramai, andai berjumpa dan ada yang menyapa saya menjawab sahaja.

“Saya tak selesa kalau ada yang menyapa dengan cara kurang sopan. Kalau ditegur dengan baik, baiklah jawapannya. Yang saya tak faham, ada mendakwa saya sudah bersikap sombong dan berlagak sejak dah popular.

“Itu segelintir pihak yang tak faham cara kerja saya,” kata Zul.

- Oleh Rosli Manah - Manggaonline