Ini kenyataan rasmi Zayn Malik selepas mengumumkan mengundurkan diri selepas bersama dengan One Direction selama lima tahun. “Kehidupan ...

11:56 AM by Unknown
Ini kenyataan rasmi Zayn Malik selepas mengumumkan mengundurkan diri selepas bersama dengan One Direction selama lima tahun.
“Kehidupan saya bersama One Direction adalah melebihi daripada apa yang saya bayangkan selama ini.Tetapi selepas lima tahun, saya merasakan sekarang adalah masanya untuk saya meninggalkan kumpulan ini. Saya mahu memohon maaf kepada para peminat sekiranya mengecewakan mereka, tetapi saya perlu lakukan apa yang saya rasakan perlu.
Saya mengundurkan diri kerana saya mahu menjadi seorang remaja berusia 22 tahun yang normal yang boleh tenang dan mempunyai masa sendiri daripada perhatian umum. Saya tahu saya mempunyai empat sahabat dalam kehidupan pada Louis, Harry, Liam dan Niall. Saya tahu mereka akan meneruskan sebagai kumpulan penyanyi terbaik di dunia,” jelasnya.
Penyanyi berusia 22 tahun itu secara rasmi membuat keputusan untuk meninggalkan kumpulan yang turut dianggotai oleh Niall Horan, Harry Styles, Liam Payne dan Louis Tomlinson.
One Direction dalam kenyataannya yang dikeluarkan kepada MailOnline:
“Kami amat sedih untuk melihat Zayn pergi, tetapi kami amat menghormati keputusannya dan akan terus mengingatinya. Sepanjang tempoh lima tahun ini amat bermakna buat kami. Kami melalui banyak perkara bersama-sama, maka kami akan sentiasa berkawan. Kami berempat sekarang akan meneruskan One Direction. Kami tidak sabar-sabar untuk merakamkan album baharu dan melihat semua peminat pada konsert jelajah kami seterusnya.
- mstar online

Zayn Malik Penyanyi One Direction