Pelawak Zizan Razak tampil menafikan dirinya sebagai pelawak yang disebut dalam gosip hiburan pasal mengajak peminat buat tak senonoh. Wa...

7:00 PM by Unknown
Pelawak Zizan Razak tampil menafikan dirinya sebagai pelawak yang disebut dalam gosip hiburan pasal mengajak peminat buat tak senonoh.

Walaupun gosip tersebut tidak menyebut namanya, namun ada orang yang tagged gosip tersebut atas namanya.

Dia juga meminta agar pelawak yang dimaksudkan dalam gosip tersebut tampil demi menyelamatkan nama-nama pelawak lain yang mungkin dikaitkan.

Zizan muncul membuat penafian di BH Plus. Agaknya kerana portal BH Online yang pertama memulakan gosip itu membuatkan dia memberi penjelasan di sana.

Zizan membuat kenyataan kerana mahu membersihkan namanya apabila ada yang membuat andaian dialah pelawak yang dimaksudkan.

Semalam Zizan sepatutnya hadir dalam satu majlis berkaitan perniagaan Burgerbyte di Sentul, namun pada saat akhir media diberitahu yang Zizan tak dapat hadir ke majlis itu.

Baru baru ini seorang wanita tampil dengan pendedahan pasal kiriman mesej berbaur lucah daripada seorang pelawak terkenal dan meminta gambar bogelnya.

Print screen daripada komunikasi menerusi mesej itu juga turut dikeluarkan. Ia membuatkan ramai yang mengecam perlakuan pelawak yang dimaksudkan di laman sosial.

- mangga online | oleh  Rosli Manah