Datuk M.Nasir mengadakan konsert lagi. Kali ini dia lebih tumpu kepada vanue luar Kuala Lumpur.
Sebanyak empat vanue dipilih untuk Konsert M.Nasir… Kembara tajaan Celcom First bermula bulan ini hingga November depan itu.
Konsert bermula 23 Mei di Stadium Tertutup SUKPA, Kuantan Pahang. Konsert kedua pada 13 Jun di Stadium Tertutup Pasir Gudang, Johor.IMG_2015050747964
M.Nasir akan meneruskan siri jelajah pada 5 September di Tapak Ekspo Seberang Jaya, Pulau Pinang dan berakhir di Stadium Malawati, Selangor pada 7 November.
“Saya sebenarnya teruja sebab sudah lama tak mengadakan konsert jelajah. Saya harap dapat memberi persembahan terbaik.
“Saya pun dah lama tak mengadakan konsert di bandar kecil luar Kuala Lumpur pastinya banyak lagu yang mereka tak pernah tonton saya,” kata M.Nasir.
Dia tidak bersendirian dalam konsert solo itu sebaliknya diserikan dengan persembahan pembuka oleh Spider, Fynn Jamal dan Pita Hati. Kembara juga turut diundang di lokasi terpilih.
Tiket boleh ditempah di www.ticket2u.biz atau hubungi 03-41478600. Turut bekerjasama, Perodua yang menyediakan pengangkutan untuk pihak produksi.
Di setiap vanue bukan hanya konsert semata-mata sebaliknya diadakan karnival dengan pelbagai pengisian.
Luncai Emas juga mengadakan pencarian bakat baru dalam pencarian Lets Nyanyi. Turut diadakan jualan cenderahati serta pameran produk penaja.
Ia satu usaha untuk Luncai Emas mencari penyanyi baru untuk syarikat yang diterajui M.Nasir sendiri itu.
Sementara itu, Celcom turut menyediakan layanan eksklusif pada hari konsert dengan menyediakan pas VIP.
“Pada awalnya pihak M.Nasir datang kepada kami untuk penajaan sebuah konsert di Istana Budaya, tapi kami fikir takkanlah artis legenda seperti M.Nasir nak buat di Kuala Lumpur sahaja.
“Bagilah peluang kepada orang di luar Kuala Lumpur juga. Itulah tercetusnya konsert ini,” kata Ketua Pegawai Pemasaran dan Jualan Celcom, Zalman Aefendy Zainal Abidin.
Pelanggan First dan peminat bertuah juga dapat menikmati hospitaliti yang eksklusif dan bersantai sebelum konsert bermula.
“Kesempatan ini memang kami sengaja memilih lokasi luar Kuala Lumpur. Idea menganjurkan konsert jelajah ini tercetus selepas kejayaan Konsert Kembara di Istana Budaya tahun lalu,” kata Keon Omar, Pengarah Produksi konsert pada sidang media di Petaling Jaya hari ini.
- ManggaOnline + Ditulis oleh Rosli Manah pada May 7, 2015