Pelakon Sari Yanti tetap utamakan anak dan sanggup menolak tawaran berlakon yang memerlukannya berjauhan dengan anak pada hujung minggu. ...

3:01 PM by Unknown
Pelakon Sari Yanti tetap utamakan anak dan sanggup menolak tawaran berlakon yang memerlukannya berjauhan dengan anak pada hujung minggu.

Dia dah peruntukkan setiap hari Jumaat, Sabtu dan Ahad untuk bersama-sama anaknya sebab abak-anaknya tinggal bersama bapa mereka.

Mereka faham dan tahu saya memang sibuk, sebab itu saya kosongkan jadual pada hujung minggu untuk meluangkan masa bersama anak-anak.

“Jika ditawarkan kerja yang jatuh pada hari tersebut, memang saya tidak ambil. Saya juga mahu bersama anak-anak setiap hujung minggu dan akan bawa mereka balik kampung di Kuala Pilah, Negeri Sembilan,” kata Sari kepada Hits, Utusan Malaysia.

Dia tiada masalah menjalani kehidupan sebagai ibu tunggal sekarang. Apatah lagi dia sememangnya sibuk dengan kerja dan tak sempat nak rasa sunyi.

Sementara itu Sari juga sering membawakan watak perempuan baik-baik sahaja dalan drama. Dia selesa dengan keadaan itu dan ia macam sebahagian daripada dirinya.

“Itu bukan bermakna saya tidak mahu membawakan watak antagonis, saya juga mahu membawakan pelbagai watak. Ada juga sebenarnya watak antagonis yang pernah saya lakonkan sebelum ini,” katanya lagi.

Ramadan ini Sari akan muncul dalam drama Mail Dan Sudin Sambut Ramadan. Dia juga akan kembali dengan penerbitan dengan menghasilkan Perangkap Perkahwinan di bawah Mediaglo Production.

Telemovie itu sambungan daripada Pengancam Perkahwinan yang dia dan rakan-rakan terbitkan sebelum ini. Selain dirinya, turut berlakon Nadiya Nisaa, Amy Mastura, Marsha Milan dan Kilafairy.

- ManggaOnline