Seorang wanita didenda S$4,000 atau RM10,795, gara-gara menumbuk seorang penumpang bas di mukanya, tahun lalu.
Mahkamah turut mengarahkan perunding imigresen, Madelyn Ong Kim Choo, 30, membayar pampasan sebanyak S$1,500 (RM4,048) kepada jurujual, Sakinah Sani, 52, kerana menyerangnya di Transit SBS bernombor 293, di Perhentian Bas Tampines, pada 12 Mei 2014.
Menurut laporan The Straits Times, insiden itu bermula, apabila Sakinah yang berada di hadapan Ong, kembali beratur dalam barisan, disebabkan bas yang mahu dinaikinya sudah penuh dengan penumpang.
Apabila bas seterusnya tiba, kedua-dua wanita itu menaiki bas berkenaan, sebelum Ong mula menengking Sakinah.
Ong kemudiannya menumbuk muka Sakinah sebanyak tiga kali, menyebabkan bibirnya berdarah.
Mangsa yang dirawat di Hospital Besar Changi itu, diberikan cuti sakit selama tiga hari dan terpaksa menanggung kos rawatan kira-kira S$600 (RM1,619).
Sakinah yang mengalami trauma selepas kejadian itu, kini terpaksa mengambil laluan lain, untuk mengelak daripada terserempak dengan Ong.
- therakyatpost