Pelajar Kolej Imperial Nur Nordin dihukum penjara kerana memiliki lebih daripada 30,000 gambar atau video pornografi kanak-kanak, sebahagian daripadanya adalah gambar lucah kanak-kanak paling melampau yang tidak pernah dilihat Pegawai Polis Metropolitan .
Menurut laporan ibtimes, Nur Nordin, 23, dari Queensborough Terrace, barat London, datang ke UK dari Malaysia sebagai pelajar di Kolej Imperial pada tahun lepas.
Beliau telah ditangkap dalam serbuan di rumahnya pada November 2014 kerana memiliki 601 video dan gambar dikelaskan dalam kategori A (penyalahgunaan yang melibatkan aktiviti seksual bersama kanak-kanak), serta beratus-ratus kategori B dan C.
Kategori A’ digunakan oleh penguatkuasa undang-undang di United Kingdom untuk menentukan bentuk penderaan seksual kanak-kanak yang paling melampau, melibatkan hubungan seks dengan kanak-kanak.
Secara keseluruhan, polis menemui lebih daripada 30,000 gambar tidak senonoh dan video kanak-kanak didera selepas mereka mencari alat perakam elektronik itu.
Mereka menyedari mengenainya selepas mendapati akaun internet milik Nur Nordin telah memuat turun beribu-ribu video dan gambar penderaan seksual.
Beliau kemudiannya didakwa memiliki 1,156 video dan gambar pornografi kanak-kanak.
“Nur Nordin terlibat dalam membuat dan berkongsi beberapa gambar yang paling teruk yang tidak pernah dilihat oleh pegawai-pegawai yang bekerja dalam bidang ini,” kata Sara Keane, Unit Jenayah Berat Met.
Keane berkata hukuman penjara terhadap Nor Nordin tidak dapat dielakkan kerana jumlah imej dan ‘kandungan membimbangkan’ yang menjadi miliknya.
Beliau muncul di Mahkamah Southwark Crown, mengaku bersalah di mahkamah yang sama terhadap 17 pertuduhan memiliki, membuat dan mengedar gambar lucah kanak-kanak bermula November 2014.
Beliau dijatuhi hukuman penjara lima tahun di mahkamah yang sama pada Khamis lalu dan akan dipertimbangkan untuk dihantar pulang automatik ke Malaysia selepas pembebasannya.
- therakyatpost