Tahukah anda bahawa sebahagian besar penduduk di kampung Hokse yang terletak di Nepal ini sebenarnya hanya mempunyai 1 ginjal sahaja. Namun...

11:37 AM by Unknown
Tahukah anda bahawa sebahagian besar penduduk di kampung Hokse yang terletak di Nepal ini sebenarnya hanya mempunyai 1 ginjal sahaja. Namun ia bukanlah kerana kejadian pelik atau faktor keturunan.

Penduduk kampung berkenaan yang terletak di kawasan banjaran Himalaya ini sebenarnya seperti manusia lain dilahirkan sempurna tetapi kerana kebanyakkan mereka amat miskin terpkasa menjual ginjal demi menyara keluarga.

Tindakan menjual ginjal ini bukan sesuatu yang baru atau luar  biasa bagi mereka sehinggakan kampung Horke berkenaan digelar sebagai “Kidney Valley” atau lembah ginjal oleh masyarakat Nepal sendiri.

Seorang pembeli ginjal akan ke kampung berkenaan dan mempengaruhi mereka yang kebanyakkannya tidak berpendidikan untuk menjual ginjal tersebut dan memberitahu ia akan tumbuh semula jika mereka jualnya satu.

Pembeli ginjal licik itu juga memberitahu bahawa manusia hanya satu ginjal untuk meneruskan hidup dan ia mati-mati dipercayai penduduk kampung tersebut.

Seorang ibu bernama Geetha antara yang termakan dengan penipuan tersebut dimana dia telah menjual ginjalnya dengan harga 200,000 rupee Nepal iaitu kira-kira hanya RM7,682.

Dia mendakwa terpedaya untuk menjual ginjalnya itu selain kerana kesempitan hidup yang membelenggu dia dan kelaurganya. Wang tersebut digunakan untuk membeli tanah dan rumah.

Untuk menjalankan pembedahan mengambil ginjal berkenaan mereka akan dibawa ke sebuah kawasan di Utara India untuk menjalani pembedahan tersebut.

Hokse kini seumpama bank ginjal antarabangsa untuk dijual secara haram di pasaran gelap dengan dianggarkan 7,000 ginjal dijual di India setiap tahun.

 Apa yang lebih kejam ada diantara mereka dibunuh dengan sengaja di klinik di mana kedua-dua ginjal mereka diambil dan turut berlaku kes culik semata-mata untuk mengambil ginjal mereka. 

- lagi sumber di Siakapkeli.my