PUTRAJAYA - Sebuah kapal tangki, MT Joaquim dilaporkan hilang malam tadi di perairan Selangor, telah ditemui di timur Pulau Rupat, Indones...

2:56 PM by Unknown
PUTRAJAYA - Sebuah kapal tangki, MT Joaquim dilaporkan hilang malam tadi di perairan Selangor, telah ditemui di timur Pulau Rupat, Indonesia pada jam 8.45 pagi tadi, 1.5 batu nautika di luar sempadan Malaysia.

Menurut Timbalan Ketua Pengarah Operasi Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Laksmana Madya Datuk Ahmad Puzi Ab Kahar berkata, siasatan awal mendapat 3,500 metrik tan minyak mentah (marine fuel oil) yang bernilai RM2.7 juta dibawa oleh kapal berkenaan telah hilang.

Dua kru kapal juga didapati cedera ringan, namun telah diberikan bantuan awal dan telah dibawa ke Hospital Melaka oleh Helikopter Maritim Malaysia.

Menurut APMM, kapal MT Joaquim kini masih berada di lokasi dikesan kerana mengalami kerosakan.

Kapal itu dilaporkan dalam perjalanan dari Tanjung Pinang, Indonesia menuju ke Pulau Langkawi yang membawa 10 orang anak kapal yang sembilan warga Indonesia dan seorang warga Singapura. 

- melalui THEHYPEMEDIA.COM