Nokia telah melalui pelbagai fasa perubahan syarikat sejak tahun lepas, dan kini dengan sejumlah perkhidmatan memfokuskan peranti mudah-a...

8:40 AM by Unknown

Nokia telah melalui pelbagai fasa perubahan syarikat sejak tahun lepas, dan kini dengan sejumlah perkhidmatan memfokuskan peranti mudah-alih beralih kepada pihak Microsoft, pengurusan untuknya juga turut berubah, dan sesetengahnya ditamatkan.

Sebelum ini, pihak Nokia telah mengumumkan yang mana mereka akan mengintegrasikan Nokia Store ke Opera Store, dan kini mereka turut menawarkan kemaskini berkaitan Nokia Mail dan juga Nokia Account.

Nokia Mail, perkhidmatan emel yang dijana menggunakan teknologi Yahoo, kini akan ditamatkan pada 9 Mac 2015 kelak. Perkhidmatan tersebut akan ditamatkan selepas tarikh tersebut, dan pengguna tidak lagi boleh mengakses emel, menghantar mahupun menerima emel menggunakan akaun tersebut selepas tarikh berkenaan.

Nokia Mail telah menyediakan halaman khas untuk tujuan pemindahan data, dimana pengguna boleh memindahkan emel pada akaun mereka ke Outlook, Yahoo! Mail, ataupun turut memuat-turun pelbagai data terus untuk simpanan anda.

Disamping itu, sokongan Nokia Account juga akan ditamatkan pada 24 April kelak – dimana ia akan digantikan dengan penggunaan Microsoft Account selepas tarikh tersebut. Selepas tarikh berkenaan, akaun anda dan pelbagai data yang disimpan akan dipadam dan perkhidmatan Nokia Account akan ditamatkan. Bagi akaun yang sedia menggunakan sokongan Nokia Account, anda perlu gantikan akaun tersebut dengan akaun alternatif lain untuk terus menggunakannya.

Jadi, bagi anda yang aktif menggunakan kedua-duanya, mungkin boleh bersedia dengan membuat gantian yang berkenaan untuk terus menggunakannya – terutamanya untuk pengguna peranti Lumia.

| http://amanz.my |