Alahai...memang pelik, seorang wanita dari Columbia telah membuat keputusan pelik dengan menukar namanya menjadi Abcdefg Hijklmn Opqrst U...

2:08 AM by Unknown
Alahai...memang pelik, seorang wanita dari Columbia telah membuat keputusan pelik dengan menukar namanya menjadi Abcdefg Hijklmn Opqrst Uvwxyz.
Ladyzunga Cyborg

Abcdefg, 36, yang sebelum ini dipanggil dengan nama Ladyzunga Cyborg, menyifatkan keputusannya menukar nama adalah kerana sentiasa mahukan nama yang sukar untuk disebut.
“Saya menukar nama supaya orang tidak mengenali saya. Ia bukan kerana saya telah diganggu tetapi kerana saya sukakan sesuatu yang luar biasa,” katanya, memetik laporan MirrorUK.
Abcdefg mengakui mempunyai tabiat menukar nama kerana berasa bosan dan ingin mencari kelainan.
Baginya dengan menukar nama, beliau dapat ‘mentakrifkan semula’ dirinya bergantung kepada keadaan. Tabiat pelik ini membuatkan beliau terpaksa berjuang selama dua tahun sebelum mendapat kebenaran menukar nama lamanya.
Abcdefg mengajar subjek seni dan fotografi di tiga buah universiti dan merupakan pereka fesyen sambilan.
| MYNEWSHUB |