Satu kajian yang dijalankan oleh pakar pemakanan di Singapura, penggunaan chopstick ketika memakan nasi didapati salah satu cara paling ...

7:33 PM by Unknown

Satu kajian yang dijalankan oleh pakar pemakanan di Singapura, penggunaan chopstick ketika memakan nasi didapati salah satu cara paling berkesan untuk mengurangkan tahap gula dalam darah.

Menurut laporan akhbar Lianhe Zaobao, kajian yang dijalankan oleh Singapore Institute for Clinical Sciences, National University of Singapore menunjukkan tabiat pemakanan 11 respondan yang menggunakan chopstick, sudu dan tangan untuk makan nasi.

Menurut pengarah kajian tersebut, Jeyakumar Henry, dia mendapat inspirasi untuk mengadakan penyelidikan itu selepas minum di sebuah kopitiam.

“Saya tinggal lebih 30 tahun di United Kingdom dan orang di sana makan menggunakan tangan, tetapi bila sudah menetap tiga tahun di Singapura baru saya sedar kepelbagaian kaum di sini turut melibatkan cara pemakanan yang berbeza di antara satu sama lain.

“Ini membuatkan saya terfikir adakah cara memakan nasi yang berbeza ini boleh memberikan kesan terhadap tindak balas gula dalam darah seseorang. Daripada penyelidikan yang dijalankan, kami mendapati makan nasi menggunakan chopstick menunjukkan kadar gula yang kurang, berbanding makan menggunakan tangan atau sudu.

“Ini kerana jika pakai chopstick, jumlah nasi yang dikaut adalah sedikit berbanding menggunakan tangan atau sudu. Jadi, ianya memberikan kesan terhadap kandungan gula dalam darah,” katanya.

Menjelaskan lebih lanjut, bila seseorang itu makan dalam jumlah sedikit dan mengunyah secara perlahan-lahan, secara tidak langsung ia akan mengambil masa yang lama untuk badan mencerna kadar pengambilan karbohidrat yang diambil.

“Sebagai contoh, anda mengambil 43 suapan untuk menghabiskan semangkuk nasi jika menggunakan chopstick, sebaliknya jika gunakan tangan dan sudu, anda boleh habiskan dalam lebih kurang 17 hingga 20 suapan sahaja. Jika anda mengambil masa yang agak lama untuk menghabiskan makanan, ianya lebih berkesan untuk mengurangkan kadar gula dalam badan,” katanya lagi.

Jadi, buat anda yang ingin mengawal kadar gula dalam darah dan lebih-lebih lagi buat penghidap kencing manis, bolehlah mencuba tip ini.

mynewshub