PETALING JAYA:  Enam belas pelancong warga Malaysia terbunuh dan lapan lagi cedera dalam kemalangan bas di Chiang Mai pada Ahad. Polis b...

9:24 PM by Unknown
PETALING JAYA: Enam belas pelancong warga Malaysia terbunuh dan lapan lagi cedera dalam kemalangan bas di Chiang Mai pada Ahad.
Polis berkata, kemalangan berlaku di Jalan Chiang Mai-Chiang Rai di Tambon Pamieng, daerah Doi Saked pada pukul 11.30 pagi.
Bas berkenaan membawa seramai 21 pelancong warga Malaysia dalam lawatan ke Chiang Mai.
Pemandu bas dan pembantunya turut cedera.
Polis berkata, kemalangan berlaku apabila bas tersebut hilang kawalan selepas merempuh sebuah kenderaan sebelum terjunam ke dalam gaung.
Pemandu kenderaan turut dilaporkan cedera. - The Nation/Asia News Network
Pasukan penyelamat Thailand mengeluarkan mayat dan mangsa yang cedera dari bangkai bas yang terbabit dalam kemalangan di Chiang Mai, Ahad. Foto EPA