Asus mempunyai beberapa penawaran tablet dibawah keluarga Asus Fonepad 7, dan model bernombor ME372CG adalah salah satu daripadanya. Bagi...

12:59 PM by Unknown
Asus mempunyai beberapa penawaran tablet dibawah keluarga Asus Fonepad 7, dan model bernombor ME372CG adalah salah satu daripadanya.

Bagi anda yang menggunakan tablet dengan sokongan telefoni berkenaan, kini salah satu berita baik adalah kemaskini Android 5.0 Lollipop yang telah pun tersedia untuknya.

Tablet Fonepad 7 ini boleh dikatakan antara peranti terawal daripada Asus yang menerima kemaskini sistem operasi berkenaan. Selain penambah-baikkan dan pelbagai pengoptimasian, kemaskini baru ini juga membawakan perubahan antaramuka kepada ZenUI yang digunakan pada Fonepad 7.
Bagi anda yang menggunakan Fonepad 7 (ME37CG), anda boleh mulakan proses semakan hari ini, dan mula memuat-turun fail kemaskini, serta menikmati pelbagai ciri-ciri baru yang dibawakan. 
Seperti kebiasaan, kemaskini bersaiz besar ini biasanya ditawarkan secara berperingkat kepada semua.
- Dari laman web Amanz.my - Oleh Aman - Rujukan: DONCHANO